Wednesday, October 1, 2008

Sejarah Penubuhan UniKL SUARA Group



Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera....

Di ruangan ini saya akan ceritakan serba sedikit tentang sejarah penubuhan SUARA Group. Nama asal kelab ini ialah Kelab Koir UniKL. Ditubuhkan pada julai 2006. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk melatih pelajar-pelajar UniKL Kampus Kota, membuat persembahan semasa Majlis Konvokesyen UniKL. Pada awal penubuhan seramai lebih 30 orang pelajar telah di pilih untuk menjayakan pasukan koir ini. Buat pengetahun semua, lagu kebanggaan UniKL iaitu Nakhoda Kemajuan telah dinyanyikan buat pertama kali nya oleh Kelab Koir UniKL pada Majlis Konvokesyen UniKL Ke-3. Setelah berakhirnya, Majlis Konvokesyen, didapati tiada sebarang kemaskini tentang aktiviti kelab, atas initiatif sendiri saudara sahimi dan saudara sahidan, telah berbincang untuk memberi nafas baru kepada kumpulan koir UniKL. Berbekalkan keazaman yang tinggi, untuk persembahan Majlis Konvokesyen UniKL ke-4, beberapa orang ahli kelab telah diberi kepercayaan untuk melakukan persembahan solo diiringi koir UniKL. Antara yang terlibat ketika itu adalah Diyana yang berjaya memukau penonton dengan kemerduan suaranya menerusi lagu Kurik Kundi. Seterusnya nana dengan kelantangan suara menerusi lagu Standing In The Eyes of The World berjaya meberi kesan kepada hati penonton, Syafiq dengan melankolik suara menerusi lagu One Voice dan Emie dengan kelincahan dan suara serak basahnya menerusi lagu Gadis Melayu. Dengan persembahan tersebut, kelab koir telah berjaya membuktikan kepada semua bahawa, kehadiran mereka bukan lah sekadar untuk koir teapi berjaya melahirkan bakat2 baru untuk solo. Setelah berjaya untuk Majlis Kovokesyen Ke-4, ahli tertinggi kelab telah mengadakan mesyuarat untuk menukar nama Kelab Koir UniKL kepada UniKL SUARA Group. Banyak jemputan menerusi persembahan solo diterima, antaranya adalah MOHEX anjuran Kementerian Pelajaran Tinggi, JERIT 07 anjuran JPM Seni Kebudayaan etc. Untuk Kali ke-3, UniKL SUARA Group telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan bagi Majlis Konvokesyen UniKL Ke-5 termasuk penyanyi solo.

1 comment:

miSsLola said...

salam...
congrat le... dapat meneruskan kelab ni..
tapi cam ne nak join kelab ni?
teruskan perjuangan..